Perwakilan berkadar sistem paling adil bagi PRU akan datang, kata penganalisis


Noel Achariam

Perwakilan berkadar (PR) adalah sistem pilihan raya yang adil bagi semua parti termasuk pembangkang untuk bertanding dalam pilihan raya umum dan menggalakkan politik sederhana, kata anggota ERC Wong Chin Huat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 29 Mei, 2019.

PERWAKILAN berkadar (PR) adalah sistem pilihan raya yang adil bagi semua parti termasuk pembangkang untuk bertanding dalam pilihan raya umum, kata penganalisis politik Wong Chin Huat.

Beliau berkata, PR juga boleh menggalakkan parti sayap kanan seperti Umno dan PAS untuk menjadi lebih sederhana kerana sistem tersebut membolehkan mereka menyertai gabungan kerajaan.

“Jika kerajaan sedang mencari pembaharuan pilihan raya, mereka patut mengguna pakai sistem PR daripada mengekalkan sistem first-past-the-post (FPTP).

“Sistem PR ini seperti membeli insurans. Ini kerana, apabila anda menang, anda bukan bolot semua tetapi bila anda kalah, anda tak pulang dengan tangan kosong (melainkan kalah teruk) dan masih ada peluang untuk terus dijemput ke dalam kerajaan selagi mana anda tidak terlalu ekstrem,” kata Wong yang juga pensyarah sains politik di Universiti Sunway pada satu forum hari ini.

Forum di Universiti Sunway di Subang Jaya itu untuk membincangkan sama ada sistem pilihan raya boleh menggalakkan politik sederhana.

Menurut Wong, masalah perwakilan di bawah FPTP atau sistem “pemenang bolot semua” sudah semakin ketara selepas PRU14. Di bawah sistem ini, mereka yang mengundi calon yang kalah langsung tidak akan diwakili.

Anggota Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) itu menambah, “penyelesaian intitusi” adalah cara untuk membawa Malaysia jauh daripada pilihan raya berasaskan kaum dan memberi lebih galakan kepada parti menjadi sederhana. – 29 Mei, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen