PM, Kabinet Australia angkat sumpah hari ini


Perdana Menteri Australia Scott Morrison menerima ucapan tahinah daripada Gabenor Jeneral Peter Cosgrove. – Gambar AFP, 29 Mei, 2019.

PERDANA Menteri Australia Scott Morrison yang dipilih semula dan kementeriannya yang berwajah baharu telah mengangkat sumpah jawatan secara rasmi, lapor agensi berita China Xinhua.

Morrison dan barisan kabinetnya, membabitkan tujuh wanita yang merupakan satu rekod, telah mengangkat sumpah di Rumah Kerajaan pada Rabu di depan Gabenor Jeneral Peter Cosgrove.

Ken Wyatt, ahli Parlimen Orang Asli dari Australia Barat, menerima tepuk sanjungan apabila dilantik sebagai menteri kabinet pertama Orang Asli.

Ahli Parlimen Orang Asli dari Australia Barat, Ken Wyatt menerima tepuk sanjungan apabila dilantik sebagai menteri kabinet pertama Orang Asli. – Gambar AFP, 29 Mei, 2019.

Gabungan Parti Liberal-Nasional (LNP) pimpinan Morrison memenangi penggal ketiga bagi membentuk kerajaan pada pilihan raya umum 18 Mei selepas menewaskan pembangkang Parti Buruh Australia (ALP).

Beliau melantik Sussan Ley, Linda Reynolds dan Anne Ruston ke dalam kabinetnya, yang menganggotai majlis menteri-menteri kanan, masing-masing sebagai Menteri Alam Sekitar, Menteri Pertahanan serta Menteri Keluarga dan Perkhidmatan Sosial.

Mereka menyertai Menteri Hal Ehwal Luar Marise Payne, Menteri Pertanian Bridget McKenzie, Menteri Pekerjaan Michaelia Cash dan Menteri Industri Karen Andrews sebagai wanita dalam Kabinet Australia.

Parlimen ke-46 Australia dijangka bersidang buat julung kalinya pada minggu pertama bulan Julai, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Australia (AEC) masih mengira undi. – Bernama, 29 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen