Bagaimana pinjaman RM1 bilion jadi RM2 bilion, hakim tanya saksi


Bede Hong

Bekas CEO KWAP Azian Mohd Noh memberitahu mahkamah hari ini beliau tidak dapat mengingati kronologi kelulusan pinjaman kepada SRC International dengan jelas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 29 Mei, 2019.

HAKIM Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini menyoal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWAP, Azian Mohd Noh mengenai perbezaan keterangannya berhubung cadangan pinjaman sebanyak RM1 bilion kepada SRC International pada 2011 yang kemudiannya menjadi RM2 bilion.

Perbicaraan kes SRC International yang membabitkan Najib Razak, menerima pinjaman pertama sebanyak RM2 bilion dalam empat bahagian bernilai RM500 juta pada 29 Ogos 2011.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Nazlan bertanya secara langsung kepada saksi berhubung perbezaan kronologi dalam keterangan kesaksiannya.

Nazlan menyatakan kenyataan itu, yang mempunyai 56 perenggan, kebanyakannya dalam susunan kronologi kecuali perenggan 23 dan 24.

Dalam kenyataannya, Azian berkata beliau mengiringi Pengerusi KWAP Wan Abdul Aziz Wan Abdullah bertemu Najib, yang ketika itu menjadi perdana menteri di pejabatnya di Putrajaya.

Mesyuarat itu adalah untuk memberitahu Najib bahawa panel pelaburan KWAP memutuskan ia hanya akan meluluskan pinjaman sebanyak RM1 bilion walaupun SRC International memohon RM3.95 bilion.

Bagaimanapun, dalam perenggan yang berikut, Azian berkata Pembantu Naib Presiden Jabatan Pendapatan Tetap KWAP Amirul Imran Ahmat menyediakan kertas pelaburan untuk pinjaman RM2 bilion kepada SRC International.

“Kenapa ada lonjakan dari RM1 bilion hingga RM2 bilion?” Nazlan bertanya kepada Azian.

“Yang Arif, rasanya saya tidak ingat kronologi kejadian,” jawab Azian.

“Saya menyatakan sebelum ini pada mesyuarat panel pelaburan berikutnya, saya memaklumkan ahli panel pelaburan yang Tan Sri Wan bercakap kepada saya, meminta untuk memaklumkan kepada panel pelaburan bahawa perdana menteri menyampaikan kepadanya agar KWAP menyegerakan pinjaman dan jumlah RM2 bilion memadai. ” – 29 Mei, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen