Pengganas Nigeria bunuh 23 penduduk sedang sahur


BERPULUH-PULUH lelaki bersenjata menunggang motosikal menyerang dua kampung di utara Nigeria semalam, membunuh 23 penduduk yang sedang bersahur.

Pengganas di daerah Kauran Namoda di Zamfara menyerang kampung berjiran Tunga dan Kabaje ketika penduduk sedang bersahur.

“Pengganas bunuh 23 orang dalam serangan itu,” kata ketua kampung Lawal Isah Abdullahi.

“Mereka kejar orang ramai hingga ke kawasan kebun, kemudian lari selepas tembak mereka.”

Anggota tentera kemudian menemani penduduk kampung ke kawasan itu untuk mengumpul dan mengebumikan semua mayat.

Penduduk berkata serangan itu mungkin tindakan balas selepas seorang militia membunuh pemandu teksi dan penumpangnya – isteri dan anak lelaki kepada seorang pengganas terkenal – ketika mereka dalam perjalanan ke tempat persembunyian geng itu di hutan berhampiran.

Kumpulan pengganas terbabit yang hanya mahu wang dan tidak ada agenda ideologi, berulang kali menyerang kampung, mencuri haiwan ternakan dan makanan, membakar rumah dan menculik untuk mendapatkan wang tebusan. – AFP, 29 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen