1,000 suspek kes bunuh ditahan dalam sehari di Brazil


Hampir 1,000 suspek kes bunuh ditahan di seluruh Brazil dalam tempoh sehari, dalam Operasi Cronos dilancarkan polis. – Gambar fail EPA, 29 Mei, 2019.

POLIS Brazil melancarkan operasi anti pembunuh secara besar-besaran di hampir setiap negeri di negara itu, menahan 968 suspek dalam sehari, menurut ketua polis.

Penahanan itu termasuk 56 suspek kes bunuh dalam keganasan rumah tangga atau diskriminasi berdasarkan gender.

Usaha itu ialah fasa kedua dalam satu operasi luar biasa dipanggil Operasi Cronos. Di setiap negeri, polis berkongsi perkembangan terkini kerja mereka di media sosial, termasuk gambar dan video.

“Dengan memenjarakan pembunuh, kami berharap dapat mengelak berlakunya jenayah pada masa depan,” kata polis menerusi Twitter.

Dalam fasa pertama Operasi Cronos pada Ogos tahun lalu, polis menahan hampir 3,000 yang dituduh membunuh, melakukan pembunuhan berdasarkan gender dan keganasan rumah tangga, selain jenayah lain. – AFP, 29 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen