Pengarah urusan Ihsan Perdana tegaskan tak tahu sumber duit berjuta


Bede Hong

Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd Dr Shamsul Anwar Sulaiman memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang beliau tidak tahu mengenai sumber puluhan juta ringgit yang di masukkan ke dalam akaun syarikat pada September 2014 dan April 2015. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 Mei, 2019.

DR Shamsul Anwar Sulaiman menegaskan tidak banyak yang beliau tahu mengenai aktiviti dan transaksi tanggungjawab sosial korporat (CSR), termasuk kiriman wang yang masuk ke dalam akaun bekas perdana menteri Najib Razak.

Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd itu memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang beliau tidak tahu mengenai sumber puluhan juta ringgit yang di masukkan ke dalam akaun syarikat pada September 2014 dan April 2015.

Menurut Shamsul, beliau menerima arahan daripada Dennis See Thuan Buan, pengarah projek di Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) di mana Ihsan Perdana jalankan kerja-kerja CSR. Arahan juga diterima dari anak saudaranya, Ung Su Ling yang merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) YR1M.

Ihsan Perdana menerima geran RM20 juta setahun dari YR1M dan RM20 juta lagi dari 1MDB. Bagaimanapun, syarikat tersebut menjadi “transit” bagi RM20 juta pada September 2014 dan RM40 juta pada Disember 2014. Shamsul menegaskan beliau tidak tahu dari manakah datangnya wang itu. 

Tambah Shamsul, beliau hanya mengikut arahan dari See untuk memindahkan wang ke dalam akaun yang tidak diketahui siapakah pemiliknya. – 28 Mei, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen