SEBUAH pesawat dalam perjalanan ke Tokyo dari Bogota terpaksa membuat pendaratan cemas di utara Mexico semalam selepas seorang lelaki warga Jepun maut dalam penerbangan.
Pihak berkuasa berkata mereka menemui 246 paket kokain di dalam perut dan usus lelaki itu.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Udo “N”, 42, mengalami sawan semasa perjalanan dari Bogota ke Mixico City untuk mengambil penerbangan sambungan, kata pejabat pendakwa raya di Sonora.
“Anak kapal dapati seorang penumpang mengalami sawan dan meminta kebenaran untuk pendaratan cemas di Hermosillo, Sonora,” kata pejabat itu dalam satu kenyataan.
“Ketika pesawat mendarat pada jam 2:25 pagi (waktu tempatan) pada Jumaat, paramedik mengumumkan Udo ‘N’ sudah meninggal dunia.”
Bedah siasat mendapati lelaki itu menelan 246 paket kokain, setiap satu berukuran 2.5 sentimeter.
Punca kematian disebabkan otaknya membengkak akibat pengambilan dadah berlebihan, tambah kenyaatn itu.
Pesawat Aeromexico yang membawa 198 penumpang itu kemudian meneruskan penerbangan selepas mayat dibawa keluar dan protokol antarabangsa dijalankan. – AFP, 28 Mei, 2019.
Komen