Amnesty gesa pembunuhan aktivis Pakistan disiasat


Amnesty International menggesa satu siasatan dijalankan mengenai tiga aktivis yang terbunuh dalam pertempuran antara tentera dengan penunjuk perasaan Pakistan dekat sempadan Afghanistan pada Ahad lalu. – Gambar AFP, 28 Mei, 2019.

AMNESTY International menggesa satu siasatan dijalankan mengenai tiga aktivis yang terbunuh dalam pertempuran antara tentera dengan penunjuk perasaan Pakistan dekat sempadan Afghanistan.

Aktivis itu terlibat dalam bantahan pada Ahad yang dianjurkan oleh Pashtun Tahafuz Movement (PTM) yang sering menjadi ancaman kepada pihak tentera sejak tampil awal tahun lalu kerana menyeru penindasan yang didakwa dilakukan oleh pasukan keselamatan menyasarkan etnik Pashtun ditamatkan.

Dua ahli parlimen mengetuai bantahan ketika pertempuran berlaku di pos pemeriksaan Boya di wilayah Waziristan Utara.

“Kerajaan Pakistan perlu segera mengarahkan siasatan yang bebas dan berkesan,” kata Penyelidik Asia Selatan di Amnesty, Rabia Mehmood dalma satu kenyataan semalam.

“Jika laporan bahawa tentera membunuh penunjuk perasaan menggunakan peluru adalah benar, ini satu pelanggara undang-undang antarabangsa yang sangat serius.”

Pihak tentera berkata aktivis berkenaan menyerang pos pemeriksaan, manakala pemimpin PTM, Mohsin Dawar - salah seorang ahli parlimen yang terlibat dalam bantahan - menuduh tentera menembak ke arah mereka sebaik sahaja melepasi pos pemeriksaan.

Kejadian itu berlaku beberapa bulan selepas ketegangan antara kedua-dua pihak memuncak di mana tentera secara terbuka memberi amaran kepada pimpinan PTM menghentikan kritikan terhadap pasukan keselamatan. – AFP, 28 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen