KERAJAAN Prancis pada Isnin berkata, pihaknya akan mengambil “langkah yang perlu bagi” untuk cuba menghalang Iraq daripada menjalankan hukuman mati ke atas tiag warga Perancis yang didakwa terlibat dengan kumpulan IS.
“Perancis menentang hukuman mati setiap masa dan di mana sahaja,” kata kementerian luarnya dalam satu kenyataan selepas tiga anggita IS dijatuhi hukuman pada Ahad.
Menurutnya, ketiga-tiga tahanan terbabit akan diberikan bantuan agar mereka diwakili peguam untuk membuat rayuan bagi keputusan itu dalam tempoh 30 hari.
Tambahnya, bagaimanapun, Perancis “menghormati kedaulatan institusi di Iraq”.
Perancis sudah lama mahukan warganya yang ditangkap di Iraq atau Syria perlu menghadapi perbicaraan tempatan, enggan menghantar mereka pulang, walaupun berisiko berdepan hukuman di wilayah bergolak itu.
Tiga warga Perancis itu – Kevin Gonot, Leonard Lopez dan Salim Machou – dipindahkan ke Iraq untuk dibicarakan selepas ditangkap tentera Syria yang disokong AS.
Mereka merupakan antara 13 warga Perancis yang ditangkap di timur Syria dan diserahkan kepada pihak berkuasa Iraq pada Fbruari kerana disyaki menjadi anggota kumpulan militan IS. – AFP, 27 Mei, 2019
Komen