Jepun akan beli 105 jet pejuang F-35 dari AS, kata Trump 


Pesawat F-35 keluaran Lockheed Martin itu mampu berlepas dan mendarat secara konvensional. – Gambar EPA, 27 Mei, 2019

JEPUN merancang untuk membeli 105 buat jet buatan Amerika Syarikat F-35, kata Donald Trump pada Isnin, yang mana presiden AS itu mengatakan ia akan menjadikan Tokyo memiliki armada F-35 terbesar berbanding sekutu AS yang lain. 

Trump, yang mengadakan lawatan kerja ke Tokyo berkata, Jepun “baru sahaja mengumumkan niatnya untuk memberi 105 pesawat F-35 yang baharu.

“Pembelian ini akan menjadikan Jepun sebagai pemilik terbesar armada F-35 di antara sekutu AS,” tambah presiden itu. 

Trump turut merundingkan perjanjian pertama yang diumumkan oleh pengeluar F-35, Lockheed Martin pada Disember. 

Kerajaan Jepun mengumumkan rancangan untuk membeli 105 unit pesawat berkenaan dalam bajet pertahanan terbaharunya pada Disember. 

Pesawat terbabit mampu berlepas dan mendarat secara konvensional. 

Media tempatan berkata, buat masa ini pemebialn itu akan melibatkan satu trilion yen (AS$9.1 bilion).

Rumah Putih bagaimanapun masih belum mengulas berhubung kenyataan Trump mengenai perjanjian pembelian itu. – AFP, 27 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen