Perbincangan perdagangan AS mesti berdasarkan 'saling menghormati', kata China


Pentadbiran Donald Trump mengenakan tarif ke atas barangan China sebanyak AS$200 bilion. – Gambar EPA, 27 Mei, 2019

CHINA hari ini berkata perbincangan perdagangan dengan Amerika Syarikat mesti berdasarkan “saling menghormati” dan kesamarataan selepas Presiden Donald Trump terdapat kemungkinan perjanjian akan dimeterai. 

“Kami sentiasa percaya sebarang perbezaan antara kedua-dua negara perlu diselesaikan dengan rundingan damai dan konsultasi,” kata jurucakap kementeian luar Lu Kang pada satu sidang media hari ini. 

Trump hari ini berkata, “terdapat kemungkinan” perjanjian perdagangan dimeterai dengan China susulan pertikaian dua negara kuasa ekonomi itu dalam hubungan dagangnya. 

“Saya rasa di masa akan datang, China dan AS akan memeterai perjanjian yang baik dan kami mahu ke arah itu,” kata Trump selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe di Tokyo. 

Kenyataan itu dibuat dua minggu selepas ketegangan memuncak apabila Trump mengenakan tarif AS200 bilion (RM800 bilion) ke atas barangan China – mencetuskan perbalahan dengan Beijing  –  dan mengancam untuk mengenakan lebih banyak levi yang akan menjejaskan hampir kesemua eksport China ke AS. 

“Kami telah melihat kenyataan yang berbeza mengenai perundingan ekonomi dan perdagangan Sino-AS oleh (entiti yang berlainan) termasuk rakyat peringkat tinggi di Amerika Syarikat,” kata Lu.

“Kadang-kadang dikatakan bahawa perjanjian akan dicapai tidak lama lagi, dan kadang-kadang dikatakan sukar untuk mencapai persetujuan,” katanya.

Jurucakap itu berkata bahawa pendirian China “tetap konsisten”.

“Kami juga sentiasa menegaskan perundingan antara China dan Amerika Syarikat, termasuk perundingan ekonomi dan perdagangan, yang mesti berdasarkan penghormatan, kesetaraan dan faedah bersama. – AFP, 27 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen