POLIS Perancis menahan suspek serangan bom di bandar Lyon minggu lalu yang menyebabkan 13 orang cedera, kata Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner pada Isnin.
Polis memburu seorang lelaki menunggang basikal di lokasi kejadian memakai kemeja-t hijau dan berseluar pendek, dan membawa beg berwarna gelap.
“Suspek telah ditahan,” kata Castaner menerusi Twitter.
Pejabat pendakwaan Paris yang mempunyai bidang kuasa berhubung siasatan keganasan di Perancis, mengesahkan penahanan lelaki berusia 24 tahun di Lyon merupakan suspek serangan itu.
Lelaki terbabit menjadi sasaran pemburuan pihak berkuasa sejak Jumaat lalu apabila bahan letupan yang diisi skru dan bebola besi diletakkan di hadapan sebuah kedai roti berhampiran laluan utama ejalan kaki di tengah Lyon.
Polis mengedarkan gambar suspek di Twitter, yang membawa kepada banyak panggilan daripada orang awam untuk menyalurkan maklumat. – AFP, 27 Mei, 2019
Komen