5,750 didakwa kerana buli di sekolah di China sejak 2018 


Golongan juvenil di China boleh menggunakan pertahanan dari segi perundangan ketika berdepan buli di sekolah.– Gambar EPA, 27 Mei, 2019

SEJUMLAH 5,750 orang telah didakwa kerana melakukan perbuatan buli di sekolah sejak awal tahun 2018, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai Peguam Cara Agung Rakyat (Pejabat Peguam Negara).

Sementara itu, sejumlah 3,407 orang telah ditahan secara rasmi oleh peguam cara China, kata Shi Weizhong, ketua jabatan bagi pendakwaan juvenil di bawah SPP (Peguam Cara Agung Rakyat), dalam satu sidang akhbar pada Isnin mengenai perlindungan juvenil menjelang Hari Kanak-Kanak.

Peguam cara di seluruh negara itu telah memainkan peranan aktif dalam menentang buli di sekolah sambil memanfaatkan sepenuhnya fungsi peguam cara dalam usaha menjadikan persekitaran sekolah dan kampus lebih selamat, kata Shi.

Merujuk kepada empat kes arahan berkaitan keganasan di sekolah yang didedahkan SPP pada Disember lepas, beliau berkata golongan juvenil boleh menggunakan pertahanan dari segi perundangan ketika berdepan buli di sekolah, dan menurut undang-undang sesiapa sahaja boleh campur tangan untuk perlindungan juvenil. – Bernama, 27 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen