QATAR semalam berkata ia menerima jemputan dari Arab Saudi untuk menghadiri sidang kemuncak tergempar bagi membincangkan ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS).
Riyadh menggesa dua sidang iaitu satu untuk anggota Liga Arab dan satu lagi untuk anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
Ia susulan beberapa kapal tangki di perairan Teluk disabotaj dan saluran paip minyak mentah Arab Saudi diserang dron oleh pemberontak Yaman yang mendakwa Riyadh bertindak atas arahan Iran.
Raja Salman menjemput pemimpin-pemimpin negara Tekuk dan anggota Liga Arab ke sidang kemuncak di Mekah pada 30 Mei ini.
“Emir Qatar menerima mesej bertulis yang menjemput kerajaan menyertai sidang kemuncak tergempar,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat komunikasi Qatar.
Jemputan diterima oleh Menteri Luar Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani semasa bertemu setiausaha agung GCC, tambah kenyataan itu.
Al-Thani sebelum itu menyeru Iran dan AS mengadakan rundingan untuk menyelesaikan krisis antara mereka. – AFP, 27 Mei, 2019.
Komen