LAPAN nelayan maut dalam insiden sebuah bot karam di perairan berhampiran Yangon, Myanmar, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis tempatan pada Isnin.
Mayat kesemua mangsa ditemui di kawasan pantai 9.6 kilometer di timur anak sungai Mee Laung, Kampung Nant Thar Myaing dalam perbandaran Thongwa.
Menurut mangsa yang terselamat, mereka pergi memancing di laut dengan menaiki dua bot pada petang Ahad apabila angin ribut merosakkan bot mereka.
Kesemua mangsa maut akibat lemas tanpa sebarang kecederaan luar.
Balai polis Thongwa telah membuka kes bagi menyiasat sama ada mereka meninggal dunia secara semula jadi atau sebaliknya. – Bernama, 27 Mei, 2019.
Komen