SULTANAH Terengganu berharap tidak perlu menjalani perbicaraan penuh dengan memohon perintah mahkamah memutuskan sama ada satu petikan dalam buku Clare Rewcastle-Brown, “Laporan Sarawak: The Inside Story of 1MDB Exposé” adalah fitnah.
Sekiranya berjaya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur boleh memintas perbicaraan dengan mengeluarkan penghakiman ringkas, menganggap Rewcastle-Brown dan dua penerbit sebagai tidak mempunyai hujah pembelaan terhadap dakwaan Sultanah Nur Zahirah.
Peguamnya, Mohd Haaziq Pillay Abdullah berkata sultanah memfailkan permohonannya di bawah Aturan 14A Peraturan-Peraturan Mahkamah 2012, pada 13 Mei.
Pasukan peguam bela yang mewakili Rewcastle-Brown serta penerbit Gerakbudaya Enterprise dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd, memfailkan jawapannya pada 24 Mei.
Sultanah menuntut ganti rugi berjumlah RM300 juta daripada tiga defendan atau RM100 juta setiap satu.
Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim hari ini menetapkan 17 Jun bagi pengurusan kes, selepas memberitahu peguam akan memutuskan tarikh permohonan sultanah kemudian.
“Kami akan memfailkan afidavit balas pada 12 Jun,” kata Haaziq kepada pemberita di luar mahkamah hari ini. – 27 Mei, 2019.
Berita penuh di sini
Komen