PERGADUHAN antara banduan membunuh 15 orang di penjara Amazonas di utara Brazil pada Ahad, kata pihak berkuasa penjara serantau.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi (1500 GMT) semasa waktu melawat di kemudahan itu yang terletak kira-kira 28 kilometer dari ibu negeri Manaus.
“Ia adalah satu pergaduhan di antara banduan. Tidak pernah ada kematian semasa lawatan,” Kolonel Marcos Vinicius Almeida memberitahu sidang akhbar.
Siasatan dibuka untuk menentukan punca pergaduhan itu, kata Almeida.
Almeida menegaskan pihak berkuasa bertindak dalam tempoh beberapa minit bagi meredakan insiden bagi menghalang kejadian lebih buruk.
Pada Januari 2017, penjara yang sama berlaku pemberontakan penjara yang berlangsung hampir 20 jam dan menyebabkan 56 orang maut.
Brazil mempunyai banduan ketiga teramai di dunia, dengan 726,712 penghuni pada Jun 2016, menurut statistik rasmi.
Bilangan itu dua kali ganda daripada keupayaan penjara negara, yang pada 2016 direkodkan mempunyai 368,049 banduan.
Seiring dengan kesesakan yang teruk, penjara Brazil diganggu dengan geng ganas di samping cubaan rusuhan dan melarikan diri. – AFP, 27 Mei, 2019.
Komen