Mesir cair semula aset menteri era Mubarak


Hosni Mubarak yang digulingkan kini muncul semula dengan pertuduhan ke atasnya digugurkan. – Gambar EPA, 26 Mei, 2019.

MESIR mencairkan aset-aset menteri dalam negeri era pemerintahan Hosni Mubarak, yang dibebaskan daripada semua pertuduhan berkaitan rasuah awal bulan ini, kata sumber mahkamah pada hari Ahad.

Lembaga hasil memutuskan Khamis lepas untuk mencairkan semula aset Habib al-Adly dan para pembantunya yang menjadi pelaku utama skandal rasuah di bawah pemerintahan autokratik Hosni Mubarak.

“Dia dibebaskan, tanpa sebarang kes atau pertuduhan terhadapnya pada masa ini,” kata sumber itu lagi kepada AFP.

Adly dituduh melakukan penyeksaan sistematik dan penindasan terhadap orang yang tidak bersetuju dengan kerajaan sebelum ini, penindasan yang dilaksanakan tersebut turut menjadi punca pemberontakan pada tahun 2011 sehingga menggulingkan pentadbiran Mubarak.

Pada bulan Mei, mahkamah mendenda bekas menteri itu sebanyak LE500 Mesir (kira-kira US$29) di atas tuduhan salah guna dana awam.

Adly dijatuhkan hukuman pada April 2017 yang menyaksikan hukuman tujuh tahun penjara bersama-sama dengan 10 bekas pegawai yang lain, kerana menggelapkan wang sebanyak kira-kira US$122 juta.

Namun, kes beliau kemudiannya digugurkan dan mahkamah mendakwa wujud kesilapan prosedur, dan perbicaraan semula diperintahkan pada tahun lalu.

Pada 2014, Adly dibebaskan daripada tuduhan bertanggungjawab terhadap kematian penunjuk perasaan semasa pemberontakan tahun 2011. – AFP, 26 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen