ISRAEL melonggarkan sekatan menangkap ikan di Gaza bagi mengelakkan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah Palestin itu.
Langkah itu dibuat tiga hari selepas Israel mengurangkan had kawasan menangkap ikan sebagai membalas tindakan penduduk Palestin melepaskan belon yang mengandungi bahan bakar di sempadan kedua-dua wilayah.
Unit kementerian pertahanan Israel, COGAT berkata kawasan menangkap ikan kini diperluaskan dari 10 batu nautika kepada 15 batu nautika.
Langkah itu mengembalikan zon menangkap ikan yang dihadkan sejak April susulan pilihan raya umum Israel.
Perluasan kawasan menangkap ikan memboleh nelayan Gaza membawa pulang hasil yang lebih banyak.
Kira-kira 80% penduduk Palestin di Gaza terpaksa bergantung kepada bantuan antarabangsa, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – AFP, 26 Mei, 2019.
Komen