PENASIHAT berpengaruh kepada raja Thailand, Jeneral Prem Tinsulanonda, meninggal dunia hari ini pada usi 98 tahun di sebuah hospital di Bangkok, lapor Reuters.
Prem yang pernah menjadi perdana menteri Thailand bermula tahun 1980 hingga 1988, berkhidmat untuk Raja Maha Vajiralongkorn dan mendiang bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej sebagai pengerusi Majlis Penasihat.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ketua tentera.
Punca kematiannya masih belum diumumkan.
Prem memainkan peranan penting dalam menguruskan pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn pada awal bulan ini dan memainkan peranan sama selepas kematian Raja Bhumibol pada 2016. – 25 Mei, 2019.
Komen