Pemilik pusat tuisyen terbakar di India didakwa


Sekurang-kurangnya 20 pelajar maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah pusat tuisyen haram di India. – Gambar AFP, 26 Mei, 2019.

POLIS India hari ini mendakwa pemilik sebuah sekolah persendirian yang terbakar dan membunuh 20 orang remaja- ada antara mereka yang terjun bangunan untuk mengelak terbakar, kata pegawai.

Enam belas orang yang maut adalah remaja perempuan yang sedang bersiap sedia menghadapi peperiksaan di sebuah pusat tuisyen haram yang diwujudkan di atas sebuah bangunan komersial di bandar Surat, kata pegawai lagi.

Gambar mengerikan pelajar melompat terjun daripada bangunan yang sedang terbakar pada Jumaat lalu kini tersebar di media sosial.

Seorang remaja meninggal dunia di hospital semalam, meningkatkan jumlah korban, ketika siasatan mendedahkan yang mangsa belajar dalam kubah plastik yang pantas terbakar.

Kesemua mangsa berusia antara usia 15 hingga 22 tahun, kata polis. Lebih 50 orang pelajar berada dalam kelas ketika kebakaran berlaku.

Pegawai kerajaan berkata lima daripada mangsa dijangka menerima keputusan peperiksaan kemasukan universiti pada Sabtu. Semua mereka lulus cemerlang, kata seorang pegawai kepada AFP.

Polis sudah mendakwa tiga orang pemilik pusat tuisyen itu yang terletak di Takshashila Arcade dengan pembunuhan tanpa niat, dan cubaan membunuh.

Takshashila Arcade hanya mempunyai kebenaran untuk satu tingkat tetapi dua tingkat tambahan dibina secara haram, menurut ketua bomba Basant Parekh.

“Pemilik kelas itu secara haram menduduki bangunan itu dan membina khemah buatan,” tambahnya.

Bandar Surat sudah menubuhkan pasukan untuk mengenalpasti binaan haram yang sedang digunakan untuk kelas tuisyen ketika musim peperiksaan. – AFP, 26 Mei, 2019.

 

 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen