Panel tribunal tak melihat gambaran lebih besar, kata Maria


Chan Kok Leong

Tribunal perlu melihat gambaran yang lebih besar, iaitu siasat bekas pesuruhjaya untuk mengetahui sama ada mereka melanggar Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia, kata Maria Chin Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Mei, 2019.

TRIBUNAL mengenai salah laku dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) terlepas peluang untuk menyiasat enam bekas anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Maria Chin Abdulah.

“Mengecewakan bila tribunal buat keputusan itu. Ini bukan tentang sama ada bekas pesuruhjaya itu letak jawatan dengan sukarela atau tidak,” katanya.

“Tribunal perlu melihat gambaran yang lebih besar, iaitu siasat bekas pesuruhjaya untuk mengetahui sama ada mereka melanggar Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia.

“Adakah mereka menjalankan pilihan raya yang bebas dan adil ketika melaksanakan persempadanan semula, mendaftar pengundi baru, melindungi hak untuk mengundi, proses pilihan raya dan isu lain?” kata bekas pengerusi Bersih 2.0 itu.

Tribunal yang menyiasat salah enam bekas pesuruhjaya SPR semasa PRU14 memutuskan tidak akan meneruskan pendengaran terhadap mereka kerana perkara itu sudah menjadi akademik.

Pengerusi tribunal dan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Steve Shim berkata keena-enam bekas pesuruhjaya itu sudahpun meletak jawatan dan kepentingan awam serta masa dan tenaga tidak akan dihabiskan untuk perkara itu.  – 24 Mei, 2019.

Berita penuh di sini.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen