Pengakhiran pramatang tribunal SPR tidak penuhi kepentingan awam, kata Fahmi


Chan Kok Leong

Tribunal siasatan salah laku pesuruhjaya SPR pada PRU14 memutuskan tidak meneruskan prosiding kerana individu terbabit sudah meletak jawatan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 24 Mei, 2019.

TRIBUNAL siasatan salah laku pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya lalu yang tidak diteruskan meninggalkan rasa tidak puas hati kepada mereka yang mencari jawapan kepada perkara itu, kata Fahmi Fadzil.

“Walaupun masyarakat umum mungkin terima pesuruhjaya SPR yang dipertikaikan sudah meletak jawatan, kami tidak puas hati dan mahukan jawapan bagaimana proses persempadanan semua dibenarkan berlaku.

“Orang ramai perlu tahu bagaimana campur tangan begini – yang bermatlamat mengekalkan Barisan Nasional berkuasa – boleh dihentikan berulang pada masa depan,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu kepada The Malaysian Insight.

“Lebih penting, masyarakat perlu tahu apa langkah diambil SPR sekarang untuk membetulkan ketidakseimbangan yang berpunca daripada pelaksanaan persempadanan semula itu bagi merealisasikan prinsip ‘satu orang satu undi’,” katanya.

Tribunal yang menyiasat dakwaan berlaku salah laku ketika Pilihan Raya Umum ke-14 oleh empat bekas pesuruhjaya SPR itu, hari ini memutuskan tidak meneruskannya kerana ia menjadi perkara akademik.

Pengerusi tribulan dan hakim bersara Mahkamah Persekutuan Steve Shim berkata enam individu yang disiasat sudah pun meletak jawatan dan kepentingan umum tidak akan dipenuhi untuk membelanjakan lebih banyak sumber untuk perkara itu.

Sementara itu, Dr Wong Chin Huat daripada Bersih 2.0 berkata penubuhan tribunal itu sendiri memberi isyarat kuat kepada semua penjawat awam bahawa mereka akan dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka. – 24 Mei, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen