PEGUAM Negara Tommy Thomas kecewa tribunal yang menyiasat dakwaan salah laku oleh enam bekas anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak akan diteruskan dengan alasan perkara itu kini bersifat akademik.
Thomas berkata ia mengecewakan yang keputusan tribunal adalah berdasarkan menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan.
“Persoalan asas ialah sama ada menghabiskan masa demi kepentingan negara atau awam untuk menyiasat dakwaan ini.
“Rakyat Malaysia berfikiran wajar akan mempersoalkan, adakah begitu penting jika ia akan mengambil masa dua bulan atau akan menelan perbelanjaan yang tinggi untuk mendapatkan kebenaran berhubung tuduhan itu,” katanya selepas keputusan tribunal di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia di Kuala Lumpur hari ini .
Panel lima anggota itu membuat keputusan setelah majoriti mencadangkan ia tidak akan diteruskan memandangkan bekas anggota SPR berkaitan sudah berhenti secara sukarela.
Panel itu dipengerusikan hakim bersara Mahkamah Persekutuan Steve Shim dan bekas hakim Jeffery Tan Kok Wha, Zaleha Zahari, Suriyadi Halim Omar dan Prasad Sandosham Abraham.
Thomas berkata ia mengecewakan jika panel itu hanya bimbang mengenai ia akan menyebabkan kesulitan, dengan menyatakan tidak semua panel mengesyorkan menghentikan tribunal itu.
“Golongan minoriti mengiktiraf pentingnya perkara itu, bahawa ada proses demokrasi yang dipertaruhkan, seperti dikatakan Tan.
“Sementara Prasad berkata ia tidak akan memberi petanda yang baik kepada keyakinan orang ramai sekiranya perkara itu tidak disiasat.” – 24 Mei, 2019.
Berita penuh di sini
Komen