Kes tukang emas Lubnan saman Rosmah bermula 17 September


Bede Hong

Seorang tukang emas warga Lubnan Samer Halimeh bertindak menyaman Rosmah Mansor kerana didakwa gagal membayar 44 barang kemas bernilai RM61 juta. – Gambar AFP, 24 Mei, 2019.

PERBICARAAN tuntutan sivil oleh tukang emas warga Lubnan Samer Halimeh terhadap Rosmah Mansor ditetapkan pada 17 September.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga menetapkan tarikh 21 hingga 24 Oktober sebagai tarikh perbicaraan selanjutnya.

Samer bertindak menyaman Rosmah, isteri bekas perdana menteri Najib Razak, kerana didakwa gagal membayar 44 barang kemas bernilai AS$14.79 juta (RM61 juta).

Peguamnya, David Gurupatham juga memberitahu Hakim Wong Chee Lin hari ini yang beliau akan memohon kepada mahkamah untuk campur tangan dalam saman rampasan oleh kerajaan terhadap barang kemas yang disita oleh pihak berkuasa Malaysia dalam serbuan pada tahun lepas.

Ini adalah untuk mengesahkan sama ada 44 barang kemas miliknya termasuk dalam 12,000 barang kemas yang disita.

Wong kemudian menetapkan tarikh, memberitahu peguam kedua-dua pihak bahawa permohonan interlokutori akan difailkan sebelum perbicaraan.

“Sementara itu, kami sedang menunggu barang yang dilrampas untuk diwartakan di mahkamah rampasan,” kata peguam Rosmah, Reza Rahim kepada The Malaysian Insight. – 24 Mei, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen