Mahkamah akan putuskan perbicaraan bersama Rosmah, bekas pembantu


Bede Hong

Isteri bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor didakwa dengan tiga pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima sogokan RM6.5 juta terhadap projek solar.– Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Mei, 2019

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur akan putuskan pada Jumaat permohonan pihak pendakwaan untuk mendengar secara bersama kes Rosmah Mansor dan bekas pembantunya Rizal Mansor melibatkan projek solar di sekolah luar bandar Sarawak.

Turut didengar hari ini satu lagi permohonan bagi mengetepikan kes pengubahan wang haram dan cubaan lari dari cukai Rosmah yang akan dibicara bersam dua kes lain.

Pendakwa ad hoc Gopal Sri Ram, yang hadir di hadapan Hakim Mohd Zaini Mazlan berkata, perbicaraan bersama bagi tiga kes itu akan memenuhi keperluan di bawah Seksyen 164, 165 dan 170 Kanun Tatacara Jenayah dan Seksyen 91 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

Rosmah didakwa dengan tiga pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima sogokan RM6.5 juta terhadap projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Rizal berdepan empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah, berjumlah RM5.5 juta, bagi projek yang sama.

Rosmah juga minta dibicarakan pada bulan Oktober berhubung 12 tuduhan pengubahan wang haram, melibatkan RM7.1 juta dan lima tuduhan kerana gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Rosmah diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon, K. Kumaraendran dan Jagjit Singh. – 24 Mei, 2019

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen