Pasukan petugas khas ditubuhkan siasat aktivis hilang, kata Muhyiddin


Ragananthini Vethasalam

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin menghadiri majlis berbuka puasa kementeriannya di Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 23 Mei, 2019.

KABINET memberi kelulusan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat, kata Muhyiddin Yassin.

Menteri dalam negeri itu berkata keputusan itu dibuat selepas menyemak semula laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang menyalahkan Cawangan Khas atas kehilangan dua aktivis berkenaan.

Beliau berkata calon sedang dikenal pasti untuk menganggotai pasukan itu, yang akan turut disertai oleh polis.

Muhyiddin berkata kementerian akan memastikan mereka yang terbabit dalam pasukan itu tidak ada hubungan langsung dengan kes berkenaan.

“Laporan itu membayangkan pasukan polis dan agensi berkenaan yang akan menjalankan siasatan akan turut termasuk polis.

“Maka, kami mahu memastikan pegawai yang tepat dipilih,” katanya kepada media selepas majlis berbuka puasa kementerian hari ini.

Suhakam dalam laporannya bulan lalu selepas setahun siasatan awam berlangsung, mendapati polis bertanggungjawab atas kehilangan dua lelaki itu. – 23 Mei, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen