DENGAN perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda, ekonomi Malaysia dijangka akan menyaksikan kemelesetan pertumbuhan sekiranya dua rakan dagang gagal menyelesaikan pertikaian mereka, kata pakar ekonomi.
Malaysia mungkin akan mengelakkan kemelesetan namun berkemungkinan besar akan berdepan dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, kata pakar ekonomi dari Sunway Business School, Dr Yeah Kim Leng.
Perang perdagangan penuh berpotensi untuk memberi kesan terhadap satu atau dua mata peratusan daripada pertumbuhan dan impak global Malaysia.
“Kebanyakan ekonomi akan mengalami kmelesetan atau pertumbuhan perlahan disebabkan jangkaan penurunan mendadak dalam permintaan dunia, kegawtan pasaran kewangan dan pelabur yang cuba mencari jalan selamat berikutan peningkatan ketidakpastian,” katanya kepada The Malaysian Insight.
“Malaysia perlu mengimbangi jangkaan penurunan permintaan eksport dan kesan aliran keluar modal dan pelaburan langsung asing dengan meningkatkan permintaan dalam negeri dan perbelanjaan dari kerajaan.”
Menurut Yeah, kelembapan pertumbuhan akan menjadi lebih jelas jika perang perdagangan berlarutan.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bulan lepas menyemak semula unjuran pertumbuhan global dari 3.5% kepada 3.3%.
Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde pada minggu lalu berkata, pertikaian perdagangan anatra AS dan China menimbulkan risiko penurunan ekonomi global.
Sementara itu, felo penyelidik kanan di Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Dr Shankaran Nambiar berkata, perang perdagangan merupakan perkara yang akan berpanjangan yang akan mencetuskan ketidakpastian dalam pasaran global dan penurunan pertumbuhan global.
“Jadi benar, kejatuhan ekonomi global akan membawa pertumbuhan yang lebih rendah bagi Malaysia, dan ini memberi impak negatif kepada eksport Malaysia.”
Bagaimanapun, inisiatif One Belt, One Road (OBOR) dan eksport minyak sawit ke China boleh menjadi faktor penebusan ke atas potensi penurunan ini.
Shankaran berkata sokongan Malaysia untuk OBOR boleh diterjemahkan ke dalam aliran masuk pelaburan langsung asing dan dapat mengukuhkan lagi hubungan perdagangan dengan China.
Di samping itu, ini juga boleh membawa kepada China meningkatkan eksportnya ke Malaysia, yang kemudiannya akan menjadi sebahagian besar rantaian nilai global China.
Ini boleh menjadi baik bagi Malaysia jika ia mampu menambah nilai barangan yang diimport dari China.
“Ini akan memberi rangsangan ekonomi Malaysia yang akan mengatasi kesan negatif kelembapan global.”
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) Malaysia sebanyak 4.5% pada suku pertama 2019 menggantikan jangkaan konsensus.
Untuk tahun 2019, Bank Negara Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi tahun penuh berada di antara 4.3-4.8%. – 23 Mei, 2019
Berita penuh di sini.
Komen