MAHKAMAH Turki menjatuhkan hukuman penjara ke atas editor dan wartawan harian pro-Kurd atas tuduhan menyebarkan “propaganda pengganas”.
Tujuh termasuk ketua editor Eren Keskin dan Huseyin Aykol dijatuhi hukuman penjara 15 hingga 45 bulan, menurut akhbar itu menerusi akaun Twitternya.
Seramai 24 kakitangan syarikat akhbar itu hadir pada perbicaraan Selasa tetapi hanya tujuh orang disabitkan dengan kesalahan “menyebarkan propaganda pengganas”, menurut laman web kebebasan akhbar P24.
Akhbar itu dituduh menjalankan propaganda memihak kepada Kurdistan Worker’s Party (PKK) yang melancarkan pemberontakan melawan Turki sejak 1984.
Ia ditutup secara kekal pada Ogos 2016 berikutan kalah dalam percubaan melawan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
“Saya tidak percaya saya melakukan jenayah. Saya tidak percaya ekspresi pemikiran adalah jenayah. Saya minta dibebaskan,” kata Keskin kepada mahkamah.
Sekurang-kurangnya 146 wartawan dipenjarakan di Turki.
Turki menduduki tempat ke-157 di dunia untuk kebebasan akhbar oleh Reporters Without Borders yang mengatakan kerajaan semakin merampas kawalan media dan penjara terbesar dunia wartawan professional. – AFP, 22 Mei, 2019.
Komen