DUA pengeluar telefon bimbit Jepun hari ini berkata, mereka akan menunda pengeluaran model baharu Huawei berikutan pengharaman Amerika Syarikat (AS) terhadap syarikat negara itu yang menjual teknologi kepada teknologi gergasi China.
KKDI dan SoftBank Corp, masing-masing pengeluar nombor dua dan tiga di Jepun berkata, keputusan itu dibuat untuk memberi mereka masa menilai kesan pengharaman yang dibuat AS.
Pengeluar terbesar negara itu, NTT Docomo berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan tindakan sama.
SoftBank telah mengeluarkan telefon pintar buatan Huawei pada Jumaat lepas tetapi menghentikan pengeluaran “kerana kami sedang cuba mengesahkan sekiranya pelanggan dapat menggunakan peralatan itu dengan rasa selamat”, kata jurucakap Hiroyuki Mizukami kepada AFP.
“Kami masih tidak tahu bila kami boleh mula menjual,” katanya sambil menambah bahawa syarikat itu bimbang tentang “segala-galanya” yang dikaitkan dengan pengharaman AS.
Mengutuk keselamatan negara, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mengharamkan syarikat AS membekalkan telefon Huawei dan sekutunya dengan komponen kritikal yang membantunya berkembang menjadi pembekal peralatan rangkaian telekom terbesar di dunia dan pembuat telefon pintar kedua terbesar.
AS minggu ini mengeluarkan penangguhan selama 90 hari ke atas larangan berurusan dengan Huawei, kerana ruang diperlukan untuk mengelakkan gangguan besar-besaran.
KDDI Jepun berkata, pengeluaran Huawei P30 litePremium yang dirancang bulan ini juga akan ditangguhkan.
Jurucakap Reiko Nakamura berkata, pihaknya akan menyemak fakta tentang bagaimana (keputusan AS) dibuat dan kesannya. – AFP, 22 Mei, 2019.
Komen