Malaysia tawar biasiswa kepada pelajar Palestin, kata Dr Mahathir 


Noel Achariam

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika menerima kunjungan bekas pengerusi pergerakan Hamas, Khalid Meshaal di Putrajaya hari ini.– Gambar Facebook, 22 Mei, 2019

PUTRAJAYA akan menawarkan biasiswa kepada pelajar Palestin yang menyambung pengajian tinggi di negara ini, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, kerajaan akan menawarkan biasiswa itu dengan bantuan Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia.

“Ini bagi pelajar Palestin yang menyambung pengajian di peringkat sarjana muda, sarjana dan PhD di 12 universiti tempatan,” katanya selepas melancarkan Majlis Iftar Tahunan ke 9 bersama masyarakat Palestin di Putrajaya malam ini.

Untuk tujuan itu, Kementerian Pendidikan telah mengutip RM11.4 juta yang akan disalurkan ke dana biasiswa berkenaan.

Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia akan membantu pelajar yang mahu memohon biasiswa berkenaan.

Dr Mahathir berkata, sekiranya ada peluang untuk keamanan dunia dicapai, isu Palestin perlu diselesaikan.

“Masyarakat antarabangsa perlu mencari penyelesaian untuk pelarian Palestin, kembalikan tanah mereka yang dirampas oleh Israel, tamatkan pembunuhan beramai-ramai dan pendudukan oleh tentera Israel di tanah Palestin dan benarkan rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka.”

Beliau berkata, selagi isu itu tidak diselesaikan dan rakyat Palestin tidak diberikan keadilan, Timur Tengah akan selamanya berdepan konflik, menyemai keganasan dan militan, dan tersebar ke seluruh dunia.

Dr Mahathir turut memuji Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia kerana komitmen mereka untuk berjuang bagi membebaskan Palestin.

“Hari ini, ia memainkan peranan penting dalam persefahaman merentas budaya antara Palestin dan Malaysia, meningkatkan ksedaran mengenai isu Palestin dan mendapatkan pegawai Malaysia dan parti politik untuk menggerakkan sokongan politik kepada hak Palestin.”

Dr Mahathir juga mengesahkan semula komitmen Malaysia terhadap Palestin.

“Kami akan dan sentiasa bersama kamu. Dan kami tidak akan berdia diri selagi melihat kekejaman dan ketidakadilan yang dilakukan rejim Israel.

“Justeru, bangkit untuk sokongan moral kepada Palestin dan Malaysia akan terus menyelar Israel kerana kekejaman dan keganasannya terhadap rakyat Palestin.” – 22 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen