Gandi tolak ramalan keputusan palsu


RAHUL Gandhi hari ini menolak ramalan kemenangan pilihan raya palsu yang jelas memihak kepada Perdana Menteri Narendra Modi. – Gambar AFP, 22 Mei, 2019

RAHUL Gandhi hari ini menolak ramalan kemenangan pilihan raya palsu yang jelas memihak kepada Perdana Menteri Narendra Modi, sehari sebelum keputusan pilihan raya dikeluarkan.

Satu keputusan keluar selepas pilihan raya terbesar dunia berakhir pada Ahad lalu dan menjangka Modi dan sekutunya akan kembali berkuasa dengan 282 dan 313 kerusi daripada 543 di Parlimen.

“Pekerja parti Kongres yang disayangi. 24 jam akan datang adalah penting. Terus berjaga-jaga dan berwaspada. Jangan takut. Anda berjuang untuk kebenaran.

“Jangan kecewa dengan propaganda keputusan palsu itu. Tetap percaya kepada diri sendiri dan parti Kongres. Kerja keras anda tidak akan disia-siakan,” coret Ketua Parti Kongres itu di Twitter.

Parti Bharatiya Janata Modi (BJP) mengalu-alukan pengundian dan pasaran saham India melonjak tinggi pada Isnin namun pengundian di India sangat tidak dapat dipercayai.

Pada 2004 pilihan raya meramalkan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Atal Vajpayee akan dipilih semula tetapi keputusan menunjukkan yang sebaliknya yang mana persekutuan pimpinan Kongres berkuasa di bawah pimpinan Manmohan Singh.

Kiraan kira-kira 600 juta undi itu akan bermula pada jam 8 pagi pada Khamis ini (waktu tempatan). – AFP, 22 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen