LETUPAN bom di sebuah kereta berhampiran pusat pemeriksaan di ibu kota Somalia Mogadishu hari ini menyebabkan kira-kira dua orang terbunuh dan 12 lagi cedera, kata pegawai.
Pengeboman itu dikatakan dilakukan oleh kumpulan Al-Shabaab yang menyasarkan konvoi yang mengiringi anggota Parlimen ke istana presiden.
“Ledakan bom meletupkan sebuah kereta berhampiran Daljirka. Terdapat beberapa orang maut termasuk anggota pasukan keselamatan,” kata pegawai Abdukadir Ahmed.
Abdikadir Abdirahman merupakan pengarah perkhidmatan ambulans Aamin memberitahu AFP bahawa dua orang terbunuh dan 12 orang yang lain cedera dalam letupan itu.
Manakala saksi lain berkata, mereka melihat tiga orang terbunuh.
Saksi Mohamed Saney berkata, dia melihat tiga mayat dan salah seorangnya merupakan anggota tentera wanita.
“Beberapa kenderaan musnah dalam letupan itu dan ambulans bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.
Ahli kumpulan Shabaab berjuang selama lebih satu dekad untuk menjatuhkan kerajaan.
Tetapi mereka mengekalkan kawalan di sekitar kampung di negara itu dan terus melancarkan perang gerila terhadap pihak berkuasa. – AFP, 22 Mei, 2019.
Komen