TIGA syarikat penerbangan terbesar di China memfailkan tuntutan pampasan daripada Boeing atas landasan dan penangguhan penghantaran pesawat 737 MAX 8 susulan dua kemalangan maut yang berlaku baru-baru ini, lapor media negara hari ini.
Laporan oleh pelbagai cawangan yang dikendalikan oleh kerajaan, China Southern Airlines, China Eastern Airlines dan Air China akan mendapatkan pampasan daripada syarikat gergasi aeroangkasa Amerika berkenaan.
China Southern merupakan syarikat penerbangan terbesar di Asia dengan saiz armada, China Eastern yang kedua terbesar manakala Air China merupakan syarikat penerbangan nasional China.
Jurucakap China Eastern berkata, syarikat penerbangan itu telah membentangkan tuntutan pampasan kepada Boeing.
Jurucakap mahupun laporan tidak memberi apa-apa maklumat kewangan atau lain-lain.
Bagaimanapun jurucakap China Southern dan Air China tidak dapat dihubungi.
Pada 11 Mac, China menjadi negara pertama yang menggantung khidmat Boeing 737 MAX susulan dua tragedy maut yang berlaku sebelum itu.
Sehari sebelumnya, Ethiopian Airlines 737 MAX terhempas selepas beberapa minit berlepas dari Addis Ababa menyebabkan 157 penumpang termasuk lapan dari China maut.
Pada Oktober tahun lepas juga sebuah pesawat Lion Air 737 MAX terhempas selepas berlepas dari Jakarta menyebabkan 189 penumpang maut.
Xinhua sebelum ini melaporkan bahawa penggantungan lapan pesawat Boeing 737 MAX menyebabkan kerugian besar bagi syarikat China Eastern.
China Eastern yang berpangkalan di Shanghai telah menggantung 14 pesawat 737 MAX sementara syarikat penerbangan gergasi Amerika Syarikat sedang menangani risiko keselamatan, kata Xinhua. – AFP, 22 Mei, 2019
Komen