Pemimpin Pakatan Pulau Pinang gesa tindakan terhadap 'artikel palsu' Maszlee-Nie Ching 


Looi Sue-Chern

Artikel itu mendakwa Menteri Pendidikan Maszlee Malik dilihat oleh DAP gagal menjalankan tugasnya kerana beliau pro-Melayu.– Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Mei, 2019

PEMIMPIN Pakatan Harapan Pulau Pinang membuat beberapa laporan polis berhubung artikel ddi Facebook Umno Online yang mendakwa DAP mahu Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik digantikan dengan timbalannya Teo Nie Ching.

Menyifatkan artikel itu sebagai taktik untuk menyebarkan berita palsu bagi menimbulkan perpecahan dalam pakatan pemerintah kerana Maszlee dan Teo Nie Ching adalah dari parti komponen berbeza.

Maszlee adalah dari Bersatu manakala Teo Nie Ching adalah dari DAP, iaitu parti yang sebahagian besarnya terdiri daripada masyarakat Cina yang dituduh oleh Umno sebagai anti-Melayu dan anti-Islam sejak berdekad lalu.

Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer berkata, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia perlu mengambil tindakan terhadap berita palsu yang disiarkan oleh Umno Online di laman Facebooknya.

“Kami minta Jabatan Peguam Negara menggunakan Akta Antiberita Palsu digunakan terhadap pihak yang menyiarkan berita palsu ini.

“Kita tidak mahu Umno Online jadi batu api yang menggunakan fitnah untuk menimbulkan perpecahan dalam PH,” katanya pada sidang media di luar Balai Polis Jalan Patani pagi ini.

Artikel bertajuk “DAP desak Mahathir pecat Dr Maszlee, lantik Teo Nie Ching jadi Menteri Pendidikan” itu pada asalnya dimuat naik di blog kulihatlangitbiru.com pada Isnin (20 Mei).

Ia mendakwa semua ahli DAP di seluruh negara bekerja keras untuk menandatangani petisyen bag meminta Maszlee meletak jawatan dan petisyen itu telah mengutip hampir 60,000 tandatangan.

Artikel itu mendakwa DAP turut memaksa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk memecat Maszlee, yang dilihat oleh DAP gagal menjalankan tugasnya kerana beliau pro-Melayu.

Ia turut mendakwa sekiranya Maszlee meletakkan jawatan, timbalannya Teo Nie Ching akan mengambil alih jawatan itu. Gambar penasihat DAP Lim Kit Siang turut digunakan dalam artikel berkenaan.

Umno Online berkongsikan artikel berkenaan di laman Facebooknya pada Isnin, dan ia menjadi viral. – 22 Mei, 2019

Berita penuh di sini.  


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen