BINTANG Barcelona Lionel Messi dan pemain Sergio Aguero akan menerajui pasukan 23 pemain Argentina untuk Copa America, umum jurulatih Lionel Scaloni semalam.
Pemain Paris Saint Germain Angel Di Maria juga termasuk dalam senarai pemain negara itu, tetapi penyerang Gonzalo Higuain yang dipinjamkan daripada Chelsea kepada Juventus tidak tersenarai.
“Mereka adalah pemain terbaik untuk kejohanan penting pasukan negara,” kata Scaloni menjelang kejohanan diadakan di Brazil yang bermula 14 Jun depan.
Argentina akan bermain dalam Kumpulan B bersama-sama dengan Colombia, Paraguay dan tetamu Qatar, yang merupakan tuan rumah Piala Dunia 2022 dan juara bertahan Asia.
Messi yang kembali menyertai pasukan Argentina Mac lalu selepas lapan bulan tidak turut serta selepas Piala Dunia di Rusia akan berusia 32 tahun semasa kejohanan.
Di Maria, seperti Messi, yang juga membuat penampilan pertama sejak Piala Dunia pada Mac lalu sebelum perlawanan persahabatan dengan Venezuela dan Maghribi, tetapi Aguero yang bermain untuk Manchester City tidak dipanggil.
Seorang lagi pemain berprofil tinggi tidak dinamakan dalam pasukan kebangsaan ialah pemain Inter Milan, Mauro Icardi.
“Menggembirkan semua orang sukar,” akui Scaloni yang berkata beliau “ragu-ragu sehingga saat akhir” sebelum menamakan barisan akhir pasukan Argentina.
Argentina tidak pernah menang Copa America atau mana-mana kejohanan utama dunia sejak 1993, kalah dalam pertandingan akhir sebanyak empat kali kejohanan penting rantau itu.
Pasukan:
Penjaga gol: Agustin Marchesin (America Mexico/MEX), Franco Armani (River Plate), Esteban Andrada (Boca Juniors)
Pertahanan: German Pezzela (Fiorentina/ITA), Juan Foyth (Tottenham Hotspur/ENG), Nicolas Otamendi (Manchester City/ENG), Nicolas Tagliafico (Ajax/NED), Marcos Acuna (Sporting Lisbon/POR), Renzo Saravia (Racing Club), Ramiro Funes Mori (Villarreal/ESP), Milton Casco (River Plate)
Pemain tengah: Leandro Paredes, Angel Di Maria (both Paris Saint-Germain/FRA), Guido Rodriguez (America Mexico/MEX), Giovani Lo Celso (Real Betis/ESP), Roberto Pereyra (Watford/ENG), Rodrigo De Paul (Udinese/ITA), Exequiel Palacios (River Plate)
Penyerang: Lionel Messi (Barcelona/ESP), Sergio Aguero (Manchester City/ENG), Paulo Dybala (Juventus/ITA), Lautaro Martinez (Inter Milan/ITA), Matias Suarez (River Plate). – AFP, 22 Mei, 2019.
Komen