PRESIDEN Venezuela Nicolas Maduro mengumumkan cadangannya semalam untuk mengadakan pilihan raya legislatif lebih awal dan berhasrat mengadakan dialog dengan pembangkang, lapor agensi berita China Xinhua.
“Kita akan mengukur diri kita melalui pilihan raya,” kata Maduro sambil menambah bahawa rakyat bakal muncul sebagai pemenang.
Presiden itu membuat kenyataan tersebut semasa demonstrasi untuk meraikan ulang tahun pertama pemilihan semula beliau.
Dalam ucapannya, Maduro berkata beliau percayakan keamanan serta dialog dan menyifatkan rundingan damai antara kerajaan dan pembangkang di Norway adalah “positif” selain melahirkan keyakinnya bahawa mereka akan mencapai kata sepakat tidak lama lagi. – Bernama, 21 Mei, 2019.
Komen