Pemandu F1 Niki Lauda meninggal dunia


Pemandu legenda Formula 1 Niki Lauda meninggal dunia pada usia 70 tahun selepas lapan bulan menjalani pembedahan pemindahan paru-paru. – Gambar EPA, 21 Mei, 2019.

PEMANDU legenda Formula 1 Niki Lauda meninggal dunia pada usia 70 tahun, menurut keluarganya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media Austria awal hari ini.

“Dengan kesedihan yang mendalam, kami mengumumkan Niki yang kami kasihi telah meninggal dunia di sisi keluarganya pada Isnin,” menurut kenyataan itu.

Lauda meninggal dunia selepas lapan bulan menjalani pembedahan pemindahan paru-paru.

“Pencapaian uniknya sebagai seorang atlet dan usahawan tidak dapat dilupakan, tidak pernah mengenal erti penat, bersemangat dan sikap berterus terang serta keberanianya akan terus diingati.

“Beliau merupakan panduan dan penanda aras untuk kita semua. Beliau seorang suami, bapa dan datuk yang penuh kasih sayang serta penyayang, dia akan dirindui,” menurut kenyataan itu.

Lauda memenangi kejohanan dunia Formula 1 sebanyak tiga kali pada 1975 dan 1977 untuk Ferrari dan pada 1984 dengan McLaren.

“Kesemua di McLaren bersedih apabila mengetahui rakan sekerja dan juara dunia Formula 1 1984 Niki Lauda telah meninggal dunia.

“Niki akan selama-lamanya berada dalam hati kita dan termaktub dalam sejarah. #RIPNiki,” catat bekas rakan sekerjanya di Twitter.

Lauda menjadi pengerusi bukan eksekutif di Merdeces F1 sejak 2012 dan beliau memainkan peranan penting dalam membawa Lewis Hamilton mencetuskan kejayaan yang telah membawa lima pemandu bertaraf dunia berturut-turut.

Semasa kerajanya sebagai pemandu, Lauda mengalami kecederaan mengerikan pada 1 Ogos 1976 apabila kenderaannya terbakar di Nuerburgring di Jerman.

Beliau mengalami luka kebakaran teruk di muka dan tangan serta menyedut asap beracun sehingga merosakkan paru-parunya. – AFP, 21 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen