Data sulit 49 juta ‘influencer’ India bocor, Instagram lancarkan siasatan


Data sulit itu dikesan pasukan keselamatan sekuriti pada mulanya didedahkan oleh portal berita TechChruch, yang melaporkan ia dikesan berasal daripada sebuah syarikat pemasaran media sosial berpangkalan di Mumbai, Chtrbox. – Gambar AFP, 21 Mei, 2019.

INSTAGRAM semalam sedang berusaha mengetahui bagaimana maklumat sulit berjuta pengguna berpengaruhnya dikumpul dalam pangkalan data tidak terjaga.

Data sulit itu dikesan pasukan keselamatan sekuriti pada mulanya didedahkan oleh portal berita TechChruch, yang melaporkan ia dikesan berasal daripada sebuah syarikat pemasaran media sosial berpangkalan di Mumbai, Chtrbox.

“Kami sedang meneliti isu tersebut untuk memahami sekiranya data berkenaan- termasuk email dan nombor telefon- adalah daripada Instagram atau sumber lain,” kata Instagram dalam jawapan email dihantar kepada AFP.

“Kami juga sedang menyiasat bersama-sama dengan Chtrbox untuk memahami sumber data tersebut dan bagaimana ia terdedah kepada awam.”

Pengambilan maklumat daripada akaun Instagram adalah bertentangan tentang dasar rangkaian sosial milik Facebook itu.

Chtrbox tidak membalas permintaan AFP untuk ulasan kes itu.

Syarikat pemasaran media itu membayar “influencer” untuk memuat naik kandungan ke dalam akaun mereka.

Pangkalan data itu dikatakan meliputi alamat email dan nombor telefonn serta maklumat umum daripada akaun “influencer” Instagram.

Pangkalan data itu dikatakan tiada kata kunci atau disulitkan, dan dikatakan mempunyai maklumat lebih 49 juta orang sebelum dikeluarkan daripada talian selepas diminta Chtrbox.

Di laman sesawangnya, Chtrbox menyifatkan dirinya sebagai platform untuk jenama berkerjasama dengan “Influencer” media sosial di India. – AFP, 21 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen