KEPIMPINAN Palestin hari ini berkata mereka tidak dirujuk mengenai persidangan ekonomi bulan depan bagi menyokong rancangan damai Timur Tengah oleh Washington.
Palestin juga berkata tiada pihak yang berhak berunding bagi pihaknya.
Ahad lalu White House mengumumkan ia akan menganjurkan persidangan dengan Bahrain pada 25 hingga 26 Jun yang memberi tumpuan kepada aspek ekonomi pelan damai untuk kemakmuran Palestin.
“Tiada pihak yang merujuk kami mengenai mesyuarat yang diumumkan akan berlangsung di Manama, Bahrain,” kata Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) Saeb Erekat dalam satu kenyataan.
“Kami tidak memberi mandat kepada mana-mana pihak untuk berunding bagi pihak kami.”
Palestin memboikot pentadbiran Amerika Syarikat (AS) sejak Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada Disember 2017.
Palestin kurang berminat dengan pelan damai AS itu kerana bimbang ia akan memihak kepada Isarel. – AFP, 20 Mei, 2019.
Komen