Pandangan peguam negara diperlukan bantu isu Taman Rimba Kiara


Ragananthini Vethasalam

Isu pembangunan semula Taman Rimba Kiara kini berdepan kebuntuan apabila semua pihak terlibat gagal mencari jalan penyelesaian. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Mei, 2019.

PEGUAM negara akan dijemput untuk menyertai mesyuarat akan datang berhubung pembangunan semula Taman Rimba Kiara selepas beberapa pihak yang berselisih faham gagal mencapai sebarang persetujuan.

Perkara ini diputuskan selepas mesyuarat hari ini antara Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad, peguam dan juga aktivis Ambiga Sreenevasan serta Pengarah Eksekutif Pusat untuk memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel.

Ambiga dan C4 terlibat dalam kempen menentang pembangunan semula Taman Rimba Kiara bersama Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh.

Yeoh yang mengetuai kempen bersama kumpulan Save Rimba Kiara terhadap pembangunan semula yang dicadangkan yang boleh menceroboh sebahagian daripada rumah hijau.

Ambiga memberitahu The Malaysian Insight tiada persetujuan dicapai dalam mesyuarat yang berlangsung lebih sejam hari ini.

“Kami mengadakan sesi hampir satu setengah jam dengan menteri. Kami membincangkan banyak perkara termasuk pelan Bandar Raya KL. Kami bersetuju untuk bertemu semula, jika boleh, dengan peguam negara,” katanya.

“Mesyuarat yang akan datang bersama jawatankuasa bersama adalah bagi kita untuk membentangkan pandangan masing-masing dan untuk mengetahui sama ada kita boleh mencapai resolusi. Belum perjanjian lagi.”

Jawatankuasa kerjasama terdiri daripada wakil Persatuan Penduduk TTDI, penduduk rumah panjang Bukit Kiara serta Yeoh, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Wilayah Persekutuan dan pegawai Kementerian Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Khalid memberitahu The Malaysian Insight bahawa Jabatan Peguam Negara akan dijemput untuk hadir pada pertemuan akan datang.

“Mesyuarat (hari ini) sangat baik. Kami bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menengahkan lagi isu tersebut. Kami akan menjemput Jabatan Peguam Negara untuk menyertai.”

Dalam sesi town hall yang diadakan pada Sabtu, Ambiga dan Yeoh, bersetuju Peguam Negara Tommy Thomas harus meneliti kontrak pemaju itu.

Khalid dan Yeoh juga mengemukakan cadangan masing-masing mengenai bagaimana sepatutnya projek yang dimulakan pentadbiran terdahulu diteruskan.

Versi skala kecil yang disokong oleh Khalid akan menyaksikan pengurangan bilangan blok kondominium bertingkat tinggi dari lapan kepada empat, dan daripada 50 tingkat kepada 45 tingkat sahaja.

Pelan yang disemak itu juga akan melihat projek itu mengggunakan 3.2 hektar tanah dan bukannya 4.9 hektar tanah sebagai rancangan asal, sekali gus mengurangkan keluasan Taman Rimba Kiara yang terjejas.

Bagaimanapun, Yeoh dan kumpulan Save Rimba Kiara menentang semakan semula projek tersebut secara keseluruhannya berdasarkan unsur rasuah dan konflik kepentingan yang didedahkan di media sebelum ini. – 20 Mei, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen