NEGARA-negara Teluk telah mengukuhkan koordinasi untuk membekal minyak ke pasaran global di saat ketegangan di rantau itu memuncak, kata timbalan menteri luar Kuwait.
“Langkah yang diambil oleh Kuwait dan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) itu normal,” Khalid al-Jarallah memberitahu pemberita semalam.
“Terdapat kerjasama dan penyelarasan antara Kuwait dan negara Teluk sebagai jaminan kepada kapal tangki minyak dan bekalan berterusan ke pasaran global.”
Jarallah berkata demikian susulan serangan sabotaj ke atas kapal tangki di perairan Teluk dan pengeboman saluran paip minyak Arab Saudi beberapa hari lalu.
Kedua-dua serangan disasarkan kepada laluan yang dijadikan laluan alternatif kepada Selat Hormuz.
Iran berulangkali mengancam untuk menutup Selat Hormuz sekiranya berlaku perang dengan Amerika Syarikat (AS). Awal bulan ini, ASmengumumkan ia menghantar kapal pengangkut pesawat ke rantau itu.
Timbalan menteri luar Iraq berkata beliau masih meletakkan harapan walaupun ketegangan semakin memuncak. – AFP, 20 Mei, 2019.
Komen