BEKAS ketua penyelaras sekuriti ekonomi China- dilantik untuk memulihkan pasaran selepas krisis 2015- disiasat kerana tuduhan tidak diketahui, kata pihak berkuasa pada Ahad.
Liu Shiyu disyaki “melanggar undang-undang”, kata notis pendek dikeluarkan di laman sesawang agensi Parti Komunis yang bertanggungjawab memerangi korupsi.
Beliau sudah menyerah diri, kata notis lagi tetapi tidak memberikan maklumat lanjut.
Bekas pegawai bank dan timbalan gabenor bank pusat itu, Liu dilantik mengetuai Suruhanjaya Pengawalan Sekuriti China (CSRC) pada awal 2016, dengan misi mengembalikan keyakinan pelabur kepada pasaran kewangan.
Pada 2015, pasaran China menjunam jatuh yang bertambah buruk kerana reaksi buruk penyelaras sekuriti.
Liu mengisytiharkan perang ke atas “buaya” dan “orang gasar” kewangan yang memanipulasi pasaran.
Beliau melancarkan operasi besar-besaran yang menyaksikan pertambahan penguatkuasan peraturan sekuriti dan meningkatkan jumlah denda ke atas pesalah.
Tetapi, beliau digantikan Januari lalu oleh Yi Huiman, bekas pengerusi Bank Industri dan Komersial China.
Liu bukanlah pengendali pasaran pertama yang tumbang kerana operasi banteras korupsi dilancar kerajaan Presiden Xi Jinping.
Yao Gang, bekas naib pengerusi CSRC tahun lepas dihukum penjara 18 tahun kerana rasuah dan perdagangan dalaman.
Xiang Junbo, bekas penyelaras insurans China pula mengaku bersalah kerana rasuah tahun lepas. – AFP, 20 Mei, 2019.
Komen