Pelawak dilantik sebagai presiden Ukraine


PELAWAK Volodymyr Zelensky akan dilantik sebagai presiden Ukraine dengan majlis pelantikan rasminya diadakan pada Isnin.

Sebulan selepas memenangi kejayaan besar terhadap penyandangnya Petro Poroshenko pada pilihan raya, beliau yang berumur 41 tahun itu menjadi warga Ukraine paling muda memegang jawatan presiden.

Upacara mengangkat sumpah akan dijalankan bermula jam 7 pagi (waktu tempatan). Mengikut tradisi, beliau akan mengangkat sumpah pada salinan perlembagaan dan kitab bible.

Beliau juga kemudiannya akan memberikan ucapan kepada seluruh negara mengenai hala tuju masa depan yang akan beliau bawakan.

Setakat ini, dasar yang dikethaui akan dibawa beliau adalah untuk memecahkan kekecewaan umum berhubung dasar politik negara dan berjanji akan “mengubah sistem”.

Sebelum ini, Zelensky pernah membawa watak sebagai presiden dalam persembahan lawaknya. Beliau membintangi watak seroang guru sejarah yang dilantik menjadi presiden secara tiba-tiba dalam siri komedi bertajuk “Servant of the people”. – AFP, 20 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen