SEORANG lelaki bersenjata membunuh sekurang-kurangnya 11 orang dalam sebuah bar di utara Brazil pada Ahad, kata pihak berkuasa.
Insiden tembakan itu berlaku di bandar Belem, kata jabatan keselamatan utara negeri Para.
Setakat ini, tiada butiran mengenai motif serangan.
Penyerang berjaya melarikan diri namun laman web G1 memetik kenyataan polis menyatakan seorang lelaki cedera dan kini dalam tahanan polis.
Angka kematian melibatkan enam wanita dan lima lelaki, kata G1.
Tujuh lelaki melakukan serangan dengan menaiki motosikal dan tiga buah kereta, kata G1. Mereka melarikan diri selepas serangan. – AFP, 20 Mei, 2019
Komen