Maradona cedera, tak dapat hadir festival filem Cannes


Diego Maradona sebelum ini dijadualkan hadir bagi tayangan perdana dokumentari yang mengisahkan hidup beliau. – Gambar EPA, 19 Mei, 2019.

LAGENDA bola sepak Diego Maradona tidak dapat menghadiri festival filem Cannes yang akan menyaksikan tayangan perdana dokumentari mengenai kisah hidupnya, selepas bahunya tercedera, kata pengarah dokumentari itu pada hari Ahad.

Ikon Argentina itu adalah subjek karya terbaru pembikin filem Britain yang sebelum ini mengarahkan filem “Amy”, karya dokumentari kehidupan penyanyi Amy Winehouse.

Pengarah Asif Kapadia berkata Maradona - yang berjanji untuk menonton filem itu di Cannes - tidak dapat bersama berjalan do acara permaidani merah untuk tayangan perdana pada hari Ahad.

Pembikin filem itu berkata Maradona, 58, perlu menjalani pembedahan.

“Dia sakit di bahu dan perlu menjalani pembedahan,” katanya.

Kapadia berkata Maradona adalah seorang yang genius, dan dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang masa. Bekas pemain Argentina itu bersetuju untuk berbincang dengan beliau kerana dia adalah seorang penggemar filem “Senna”, filem yang mengisahkan pemandu kereta Brazil, Ayrton Senna yang meninggal dunia selepas kemalangan ketika memandu Williams FW16 semasa Grand Prix San Marino pada tahun 1994.

Filem ini menunjukkan peningkatan karier luar biasa Maradona dari bandar raya Buenos Aires ke muka global.

Ia bagaimanapun memberi tumpuan pada tempoh pemain itu bersama Napoli apabila kaki kiri sihir Maradona membawa kemenangan kepada kelab dua kejohanan Serie A Itali dan gol “tangan Tuhan” yang menewaskan England ketika kejohanan Piala Dunia pada tahun 1986.

Ketika bersama Naples juga, pemain itu mula menggunakan kokain sehingga beliau menjadi berita utama dan merupakan permulaan penghujung karirnya sebagai pemain bola sepak. – AFP, 19 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen