Harvey Keitel pegang watak Meyer Lansky 'si gangster Yahudi'


Filem itu itu akan mendapat sentuhan pengarah Eytan Rockaway, yang turut menulis skrip berdasarkan kisah yang ditulis pengarah Israel Ido Fluk dan pengarang Sharon Mashihi. – Gambar AFP, 19 Mei, 2019.

PELAKON veteran Amerika Syarikat Harvey Keitel diumumkan akan memegang watak seorang samseng Yahudi, Meyer Lansky, yang merupakan kawan rapat ketua jenayah terancang terkenal Bugsy Siegel, kata penerbit filem itu pada hari Sabtu.

Berjudul “Lansky”, filem itu dikatakan akan menumpukan bahagian akhir kehidupannya ketika telah bersara daripada Murder Inc, berumur 70-an dan hidup jauh daripada orang ramai di pantai Florida, kata Voltage Pictures dalam satu kenyataan.

Apabila Lansky menjemput seorang wartawan untuk menceritakan kisah hidupnya, yang wataknya akan dipegang pelakon “Avatar” Sam Worthington, pasukan FBI kemudian menggunakan wartawan itu sebagai umpan bagi menyerbu bekas ketua bos jaringan jenayah bawah tanah yang mereka anggap mengumpul keuntungan berjumlah jutaan dolar.

Filem tersebut kini dalam proses pra-penerbitan dan penggambaran dijadual akan bermula pada bulan Ogos depan.

Keitel dikenali kerana watak-watak kukuh yang pernah dipegangnya, beliau pernah melakonkan watak klasik yang kemudian menjadi filem ‘cult’, “Reservoir Dogs” (1992) dan “Pulp Fiction” (1994), beliau juga turut membintangi “Piano” arahan Jane Campion yang memenangi Oscar pada tahun 1993.

Filem itu itu akan mendapat sentuhan pengarah Eytan Rockaway, yang turut menulis skrip berdasarkan kisah yang ditulis pengarah Israel Ido Fluk dan pengarang Sharon Mashihi.

Walaupun skrip itu sebahagiannya merupakan fiksyen, cerita Fluk sebahagiannya berdasarkan wawancara dengan Lansky oleh bapa pengarah, profesor sejarah Robert Rockaway.

“Dia menemu ramah Lansky untuk penyelidikannya selama beberapa dekad bagi bahan mengajar untuk kelasnya, serta kuliah yang dia sampaikan di seluruh dunia,” kata pengarah itu dalam sebuah emel.

Pada tahun 1993, bapanya menerbitkan buku yang dipanggil “But He Was Good to His Mother: Kehidupan dan Jenayah Gengster-Ganster Yahudi”. – AFP, 19 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen