5 maut nahas pesawat di Honduras


Anggota bomba di lokasi nahas pesawat terhempas di Roatan, Honduras pada Sabtu. – Gambar AFP, 19 Mei, 2019.

EMPAT warga Kanada dan seorang juruterbang Amerika maut pada Sabtu apabila pesawat kecil dinaiki mereka terhempas ke laut di pulau Roatan, Honduras yang menjadi lokasi mereka bercuti, kata ahli bomba.

Pesawat itu terhempas berhampiran bandar Dixon Cove, beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang pulau itu, kata penyelamat.

Mereka yang terkorban dikenal pasti sebagai Bradley Post, Bailey Sony, Tomy Dubler dan juruterbang Patrick Forseth.

Seorang lagi juruterbang warga Kanada, Anthony Dubler, terselamat dalam kemalangan itu tetapi meninggal dunia di hospital Roatan disebabkan kecederaannya.

Punca kemalangan dan maklumat pendaftaran pesawat masih belum diketahui.

Ia berlaku ketika para pelancong menuju ke arah bandar Trujillo, sekitar 77 kilometer (48 batu) dari Roatan. – AFP, 19 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen