Israel gempur selatan Syria


Agensi berita SANA melaporkan misil itu dilancarkan dari wilayah yang dijajah Israel dan pasukan pertahanan udara Syria menanganinya. – Gambar EPA, 19 Mei, 2019.

ISRAEL melancarkan serangan di selatan Syria lewat semalam, menyebabkan pasukan pertahanan negara itu bertindak balas, lapor sebuah kumpulan pemantau.

“Pesawat Israel melancarkan tiga misil dari wilayah Golan,” kata Rami Abdel Rahman yang mengetuai Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria.

Dua serangan mengenai briged tentera Syria yang mengawal wilayah Quneitra manakala misil ketiga dimusnahkan sistem pertahanan Syria.

Agensi berita SANA melaporkan misil itu dilancarkan dari wilayah yang dijajah Israel dan pasukan pertahanan udara Syria menanganinya.

Tentera Israel tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung kejadian itu.

Serangan itu berlaku sehari selepas sistem pertahanan udara Syria meminta beberapa ‘objek’ yang dilancarkan dari Israel.

Ratusan serangan dilancarkan oleh Israel di Syria, kebanyakannya dengan lasa memusnahkan sasaran Iran dan Hezbollah.  – AFP, 19 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen