Schwarzenegger diserang lelaki tidak dikenali


Seorang lelaki melompat dan menendang belakang Arnold Schwarzenegger ketika beliau berbual dengan peminat di Pusat Konvensyen Sandton di Johannesburg. – Gambar AFP, 19 Mei, 2019.

BINTANG Hollywood Arnold Schwarzenegger diserang pada Sabtu oleh seorang lelaki yang menendang belakangnya semasa menghadiri acara sukan di Afrika Selatan yang diacarakan beliau.

Bekas atlet bina badan dan ahli politik itu sedang berbual dengan peminat di Pusat Konvensyen Sandton di Johannesburg apabila seorang lelaki melompat dan menendangnya di belakang.

“Terima kasih kerana perhatian anda, tetapi tiada apa yang perlu dibimbangkan,” kata Schwarzenegger, 71, di Twitter.

“Saya fikir saya hanya asakan oleh orang ramai, sebagaimana yang sering berlaku. Saya hanya menyedari ditendang apabila melihat video seperti anda semua. Saya gembira kerana orang bodoh itu tidak mengganggu Snapchat saya.”

Schwarzenegger berada di Johannesburg bagi menghadiri acara tahunan Arnold Classic Africa, festival antarabangsa pelbagai sukan.

“Beliau sedih dan tidak disangka-sangka diserang oleh peminat gila ketika sedang berjalan untuk memberi sokongan kepada para atlet,” kata penganjur sambil menambah penyerang - yang segera ditahan - diketahui polis kerana kejadian serupa pada masa lalu.

Schwarzenegger memberitahu pihak penganjur beliau tidak akan mengenakan sebarang dakwaan. – AFP, 19 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen